Saturday, January 26, 2008

Get2gether @ Shah Alam

Hari ini, 26 Januari 2008, bertempat di Restoran Kampung Pandan, Seksyen 11, Shah Alam merupakan mini perjumpaan pertama bagi tahun 2008.

Kali ini, seramai 12 ahli termasuk teman telah berjaya menghadirkan diri setelah hampir berbulan-bulan berhibernasi. Yang hadir termasuk Razman, Anuar, Amirullah, Fadzil, Amran, Zainuddin, Azim, Hakam, Syam, Suaidi dan Fakhrurozi (susunan ikut masa kedatangan)
Dari kiri, Amirullah, Syam Zakiril, Zainuddin, Amran & Suaidi
Uploaded on January 26, 2008 by smckk_87

Banyak juga yang diperbincangkan antaranya, isu Family Day atau BBQ. Dah shortlisted 2 venue iaitu Cameron Highland dan Fraser Hill. So kepada rakan-rakan yang lain sudi-sudikanlah beri komen atau propose tempat yang lebih menarik. Kalau rajin jom kita gi survey lokasi nyer.

Dari kiri, Azim, Hakam (dah hilang), Padzil dan Razman
Uploaded on January 26, 2008 by smckk_87

Pada perjumpaan kali ini juga kami berkesempatan berjumpa dengan Razman a.k.a. Man Padang Rengas setelah hampir 21 tahun tak jumpa. Kalau tengok dalam majalah Cliffordian 1987 dia nih dulu ala-ala Jery Din gitu. Sekarang beliau bekerja di awan biru membelah sempadan antarabangsa sebagai Ketua Peramugara. Sapa-sapa yang selalu travel overseas kalau ternaik flight yang sama dengan beliau buleh ler mintak jump-seat.

Dari kiri, Fakhrurozi, Anuar (ada kes emergency) dan Amirullah tengah berlabun bab tuning kete
Uploaded on January 26, 2008 by smckk_87


Saudara Haji Anwar pula baru beberapa hari dikurniakan cahayamata setelah pulang dari menunaikan umrah pada Ramadhan yang lalu. Tahniah diucapkan dari kami semua di SMCKK Class of 1987.

Dari kiri, Zainuddin, Amran, Suaidi dan Azim tengah susun strategi
Uploaded on January 26, 2008 by smckk_87

Disini, dukacita dimaklumkan bahawa anakanda kepada Saudara Aminuddin Zulkifli yang bongsu, berumur 2 tahun, telah kembali ke Rahmatullah pada lebih kurang dua minggu yang lepas setelah disahkan mengidap meningitis. Kami warga SMCKK Class of 1987 mengucapkan takziah kepada Saudara Amin sekeluarga. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah

Dari Family Day ke stesen minyak Shell kat R&R Tapah, ke Corporate Governance, ke kapitalism, ke convert enjin, sedor-sedor dah pukul 8 malam. Sebab majlis kali ini takde orang bujang, so masing-masing bersurai awal (permit terhad). Juadah kali nih Hakam belanja, terimakasih daun keladi, lain kali sponsor lagi, semoga murah rezki...

SMCKK_87 Web Album @ Flickr

www.flickr.com
smckk_87's photos More of smckk_87's photos

Latest Upload!