Sunday, July 22, 2007

Serendah Summit - 20th Anniversary Gathering Preparation Meeting

Pada 21 Julai 2007 bersamaan hari Sabtu, seperti yang telah diwarwarkan pada mesyuarat terdahulu, mesyuarat pada hari ini telah diadakan di Serendah, Selangor di rumah saudara Ahmad Bukhari. Selain bertujuan untuk menetapkan arahtuju majlis, perjumpaan ini juga menetapkan aturcara majlis, program-program ice-breaking dan sebagainya. Macam biasa, setengah jam awal digunakan untuk ice-breaking sebab ada baru berjumpa setelah sekian lama menghilang.



[ Fadil, Meor Shamsul, Adi Syamsul (Chief de Missione), Ahmad Bukhari (tuan rumah), Suhaiza berkumpul di hadapan Masjid Serendah ]

[ Murali & Khairul Azhar ]

[ Dhanaraj, Fadzil, Hakam & Bukhari ]

Mesyuarat pada kali ini telah dihadiri oleh Abdul Hakam Hadi, Adi Shamsul Abdul Hayee (Chairman), Ahmad Bukhari Haji Ashaari (Host), Amran Idris, Azim Raden Mustafa, Dhanarajah, Hishamuddin Abd Karim, Khairul Azhar Ramli, Mat Shah Lahnan, Meor Shamsul Baharin, Mohd Fadzil Nathri, Muralitharan, Sham Zakiril Ikmar, Suhaiza Shuhaimi, Zainuddin Muhammad dan Zulkurnain Haji Saidin.

[ Zainuddin, Mat Shah, Hakam, Fadzil, Adi, Zulkurnain, Khairul Azhar, Azim, Bukhari, Suhaiza, Sham Zakiril, Meor Shamsul, Amran dan Bukhari Juniors ]

Sekalung terimakasih kepada rakan-rakan yang turut sama dalam mensyuarat kali ini. Ada yang sanggup tinggalkan hal-hal yang lebih penting, seperti Muralitharan yang baru balik dari majlis pengkebumian di Kuala Kangsar dan Fadzil yang missed National Sudoku Championship.

Semoga penat lelah kami ini membuahkan hasil, sebagai platform perintis mempertemukan rakan-rakan persekolahan. Kepada rakan-rakan lain, marilah kita bersama-sama menyimpan azam untuk turut serta dalam program kita di Dewan Hamdan pada 1 September 2007.


SMCKK_87 Web Album @ Flickr

www.flickr.com
smckk_87's photos More of smckk_87's photos

Latest Upload!