Plan asal nak naik kapcai aje. Buleh jimat minyak dan toll lagi pun ekpedisi solo, apa sangat! Padil Kopi tak dapat join sebab ada hal, Adi pulak ada kenduri arwah hari Sabtu tu, yang lain sebab tak dapat cuti dsbgnya. Minyak enjin dan sparkplugs dah ganti, raga kat depan pun dah bukak untuk dapatkan halaju maksima. Masa nak bertolak malam tuh orang rumah tanya, pendek je bunyi nye “Dah hilang akal?”, lepas tuh terus je aku bukak helmet dan masuk tidor…
Maka pada pagi jumaat lepas hantar anak ke sekolah, aku pun bertolak dari Shah Alam pada pukul 8:00 pagi dengan kereta buruk aku. Breakfast kat R&R Rawang (tak sedap) dan sampai di Ipoh (ofis Azim) pada pukul 9:30 pagi. Cehhh afsal Azim tak sound aku siang-siang pasal speedtrap kat Tapah…siap ada roadblock…
Aku impressed tengok ofis kawan kita nih. Ofis besor, staff ramai (lawa-lawa), busy dan happening je. Azim pun baru je siap karang surat permohonan Dewan Hamdan. Lepas salin singlet, kami terus gi breakfast kat restoran mamak berdekatan. Azim pun quite busy masa tuh, call sana call sini, adat ler orang berniaga ada call ada masyukk..
Mat Shah tak dapat join sebab dia keje hari tu. Lepas breakfast kami bertolak dari Ipoh jam 10:30 pagi. Pandu ikut highway sebab nak kejor ofis hour dan solat jumaat. Tapi sebab panas saman speedtrap di Tapah belum kebah, maka sampailah kami di SMCKK pada pukul 11:00 pagi. Jumpa pak guard dan terus gi Lab Fizik Saudara Bayazid. Main entrance dah tukor ke kawasan bersebelahan Astra setentang ngan stesen minyak ESSO.
[ Office yang dah converted jadi IT centre ]
Saudara Bayazid masa tuh tengah sibuk menghias lab fizik (dulu lab Cikgu Razali dan Cikgu Wong Koh Wah). Lab keramat tuh. Azim, Suaidi, Faka, Zainal dll mesti ingat sangat lab nih.
[ Azim, Bayazid dan Staff Lab Fizik ]
Lepas tuh Bayazid bawak kami lalu depan lab biologi (tempat semelih katak) dan jumpa Cikgu Khatijah yang masih mengajar di SMCKK. Masih cun lagi cikgu kita nih. Lama gak berborak ngan dia.
[ Cikgu Khatijah, masih cun lagi.. ]
Dari situ kami dibawa terus ke pejabat Guru Kanan Cikgu Salim di bangunan baru belakang Block C dulu. Raja Zuhairi (Juju) yang baru sampai pun join sama. Bincang punya bincang sedar-sedar dah pukul 12:00 tengahari.
Lepas settle berbincang ngan Cikgu Salim, Saudara Bayazid bawak kami tour kawasan sekolah. Rupanye Pusat Sumber (baca sumbir) dah converted jadi bilik mensyuarat. Dewan Hamdan pun dah jadi besar sikit, foyer nye dah jadi a part of hall. Hall of Fame..
[ Pusat Sumber dah converted jadi Meeting Room ]
Memandangkan dah nak masuk waktu solat jumaat maka perjalanan kami jadi cepat. Masa nak kuwar sempat jumpa bekas tukang masak dewan makan astra. Kenal lagi dia, mana tak masa tuh dia jadi operator public phone untuk astra.
Dalam pukul 1:00 tengahari kami terus ke Kedai Pakaian Top Fesyen dan Kedai Rambut Zahriman, business centre baru belakang court mammoth. Zahriman yang masa tuh tengah sibuk nak gi solat Jumaat bergegas datang lepas staff dia call. Tiba-tiba je terpacul Faka dari belakang. Ingatkan Bruce Lee mana tadi.
Perghh.. hebat gak kedai kawan kita ni. Kawan-kawan yang duduk KK atau yang jauh kalau nak beli jeans original, tempah baju sekolah anak, baju raya atau gunting rambut jemputlah ke kedai Zahriman. Sempat bergambor dan berlabun ngan depa semua sebelum deme semua gi solat jumaat. Kat sini je kami dapat locate lagi 13 kengkawan lama terutama dari arus sastera.
[ Zahriman, Azim, Faka & Juju ]
Hari tuh kami musafir, jadi kami jamak dan qasarlah pada hari tuh. Terus ke Rest House KK dan lunch. Lepas makan dalam pukul 2:00 petang, kami menuju ke kedai andam-andaman “Cik An” atau Amran dan Ridzuan di belakang supermarket lama dekat bekas restoran Kinto. Dulu Restoran Kinto nih tempat budak hostel lepak pada hari Rabu (keluar pekan), dengor cerita dah pindah tempat lain. Seperti kata Faka dalam email nyer, memang Amran demam. Dah dua hari duduk di rumah ibunya. Yang ada cuma Ridzuan (read duan) dan dua tiga rakan2 yang lain. Dari duan kami dapat locate beberapa rakan lagi. Kepada kengkawan yang nak sambut menantu atau untuk function sendiri sudi-sudikan ke kedai Cik An kita di alamat A Two Beauty House, No 83, Salan Daeng Selili, 33000 Kuala Kangsar, Perak.
[ A Two Beauty House kedai andaman milik Amran ]
Rest House KK dah confirmed penuh. So kami terus ke Perak River Resort kot-kot ada yang reject atau checkout awal. Alhamdullillah dapat satu bilik, kalau tak tidor kat Mesjid Ridzuaniah lar jawab nyer. Lepas time solat Jumaat kami call Faka dan berjumpa di Resort. Kami terus mengarah ke bendang Kering untuk jejak Izzudin Bashah kot-kot ada. Dia nih antara nama-nama dalam wish list kami.
First time kami lalu jambatan KK-Sayong yang baru. Sepanjang perjalanan kami duk pandang kiri kanan kot2 nampak kandang kambing Izzudin. Dari bendang basah sampai bendang kering satu kandang pun tak nampak, maka kami called Haris yang bermastautin di Miri untuk dapatkan lokasi sebenar. Di kasi clue sampai bengkel motosikal je, selebihnya kami tanya dua orang budak yang tengah berbasikal kat kawasan tuh. Nasib baik budak tuh tau dan terus lead the way. Jalan pun mak aiii…
[ Berkenalan dengan kambing di feedlot milik Izzudin Bashah ]
Akhirnya sampai gak kami kerumah Izzudin. Terkejut badak dia bila nampak kami. Agak sunyi tapi cool, tepi sungai hala Bukit Chandan. Izzudin nih macam dulu jugak, suka low profile. Rupa-rupa nye dalam diam2 dia buat Concentrated Animal Feeding Operation (“CAFO”) atau “feedlot” dan tanam rumput “nepia” makanan ternakan. Bukan calang-calang orang yang buleh ternak kambing nih. Aku tabik spring!! Aku respek giler kat Faka, dengan tengok gigi kambing je dia buleh tahu umur kambing, Faka memang pakar. Tu belum tengok lekuk kat tanduk lagi. Dia buleh tahu kambing tuh anak ke berapa!
Lepas berborak sakan, kami beransur ke Kilang Perak Textile untuk jejak Mazlan Nekmat. Faka tak join sebab attend something kat ofis dia. Fuhh besor giler kilang Perak Tex nih. Security pun ketat, Kami bagi salam kat pak guard dan tanya kot2 ada staff nama Mazlan Nekmat. Alhamdullillah, atas pertolongan satu senior pak guard, kami berjaya mengesahkan yang Mazlan bekerja di sini. Dalam beberapa belas minit barulah kelibat Mazlan kami nampak buat julung2 kali setelah 20 tahun tak jumpa. Keadaan agak syahdu gak, aku tengok mata Azim dan Mazlan berkaca-kaca tapi control… Sampai aku lupa nak amik gambor.
Dari Perak Tex, kami menghala ke Jalan Dato Sagor untuk jejak Cikgu Mustapha. Dengan pertolongan Juju, kami sampai rumah beliau dalam pukul 4:00 petang. Bagi sapa-sapa yang tak ingat, Cikgu Mustpha nih dulu ada Ketua Warden Asrama dan Guru Pendidikan Seni. Masih maintain misai panjang ala-ala Pegawai Waren dan Fiat Miara Fiori AAU 7382. Dulu-dulu kalau budak hostel curi-curi keluar pekan mata kena lior kot-kot nampak petrol car nih. Selain jadi black maria, kete nih lar jugak jadi ambulans untuk budak hostel. Banyak jasa tuh..
[ Azim, Raja Zuhairi & Cikgu Mustafa ]
Dari beliau, kami dapat tahu yang Cikgu Zainal Akmar, Cikgu Fatimah Deen dan Cikgu Puan Hajah Raja Azmah telah kembali ke rahmatullah. Al-fatihah. Beliau sekarang aktif sebagai AJK Masjid Ridzuaniah di Bandar KK. Beliau boleh dihubungi di
phaza@hotmail.comSelepas tuh dalam pukul 4:30 petang berbekalkan namelist dari Cikgu Mustpha kami terus menuju ke kawasan rumah Cikgu Idris dan Cikgu Azidin Mahmut, PPT bekas pengetua SMCKK kita di Taman Sultan Yusof. Masa kami sampai hujan dah turun, Juju pun dah hampir basah kuyup. Malangnya Cikgu Idris tak dapat dikesan. Mungkin salah alamat atau dah pindah. Cikgu Azidin pulak rumahnya takde orang tapi kereta Honda Accord nya ada.
Akhirnya kami menuju ke Masjid Ridzuaniah. Perut dah kosong, tekak dah kering so dari situ kami bergerak ke kedai Pak Ngah Laksa. Juju terus balik kerumah dia sebab dah dekat dah sehari suntuk ngan kami. Tengah syok pekena laksa spesial dan ABC hujan turun lagi lebat macam tau je bau badan kami dah sampai tahap bau kerobo. Dalam pukul 6 petang aku hantar Azim ke Padang Rengas rumah atoknya yang kebetulan ada kenduri pada keesokan harinya dan aku terus ke Resort.
Malam nye pulak selepas jamak dan qasar, Rosdi Shahabudin yang baru balik dari Pengkalan Hulu call ajak gi makan. Juju pun sama. Kami tunggu Azim sampai kul 9:30 malam jumpa kat kawasan gerai makan baru tepi sungai (simpang kat 7 eleven). Kami berempat (Juju, Rosdi, Azim, anak Azim dan aku) makan dan berborak sampai pukul 12:00 malam.
Lepas makan semua balik umah masing2 kecuali Rosdi ngan aku. Kami lepak kat stall burger Fendi. Dalam lepak2 tuh kami dapat lagi locate beberapa kawan. Rupanye mendeme nih bila dah selalu jumpa tak simpan nombor talipon. So nanti AJK kena cetak invitation card dan bagi kat fendi untuk distribute.
Dah hampir pukul 1:00 pagi, fendi pun nak tutup kedai Rosdi pun hantar aku balik ke Perak River Resort naik Perdana V6 nye. Masuk bilik aku pun terus zzzzZZZZZZZZZZZ.....