Sunday, July 8, 2007

Ekspedisi KK 6-7 Julai 2007 [Day-2]

Hari ni masuk hari kedua kami kat Kuala Kangsar.

Mungkin tempted sangat nak jumpa guru-guru dan kawan-kawan yang dirindui, pukul 6:30 pagi aku dah bangun. Kalau ikut penat badan, nak jugak sambung sampai pukul 10:00 pagi.

[ Pemandang dari Perak River Resort di waktu pagi ]

Lepaih mandi ayor paneh dan solat subuh aku terus ke foyer Resort sebab kat situ ada hotspot! Aku nak check email dari opis. Ada ler mende nak buat. Sampai kat foyer, internet connection down rupanyer. So aku cuba access router untuk restart. Apa larr depa nih, dah ler wifi tak secure, password pun senang nak hack. Pesanan aku kepada pengurusan Resort, tukar ler password yang mencabar sikit.

Pukul 7:30 pagi aku gi breakfast sorang-sorang, maleh nak call Azim pepagi buta. Tengok menu je dah tak selera. Masa aku baru nak breakfast tuh datang ler serombongan tourist dari China. Depa hulor coupon makan sambil cakap "coupon sir". Aku tengok depa ataih bawah dan angkat kening cam Ziana Zain kearah pekerja resort yang ada kat situ. Depa pakat gelak reramai. Lepaih continue makan dua tiga suap aku terus belah ke foyer.

Dalam pukul 8:00 pagi Rosdi call aku ajak breakfast kat Restoran Rahmaniah. Aku cakap aku dah breakfast dan tengah tunggu Azim dari Padang Rengas. Lagipun dia nak ke Pengkalan Hulu sambung keje semalam. Mat Shah sampai dalam pukul 8:30 pagi. Faka pun sampai beberapa minit lepas tuh. Memandangkan Mat Shah ngan Faka belum breakfast, kami pun terus ke Rahmaniah dan pekena teh tarik ngan roti banjir.

[ Mat Shah dan Faka tengah tunggu Azim, lapor dah ni.. ]

Pukul 9:40 pagi Azim call beritahu tak dapat join dan Faka kena masuk keje. Kami pun bergerak ke Sekolah Menengah Bukit Mercu ("SMBM") untuk menjejak Anas sebelum straight ke rumah Cikgu Mokhtaruddin di Bendang Panjang. Sesampai di sana aku dan Mat approach pak guard sekolah dan tanya kot-kot depa kenai Anas. Puas lar pak guard tuh telek senarai nama guru yang ada kat situ tapi tak jumpa. Last sekali pak guard tuh tanya betul ke sekolah nye. Kami kata betul, memang SMBM. Pak guard tuh dengan selamba jawab, kalau SMBM kat depan lagi bang, sini Sekolah Raja Muda Musa ("RMM"). Hehee.

Sampai kat SMBM kebetulan ada cikgu yang buat kelas tambahan, dia beritahu memang ada cikgu yang bernama Anas, tapi dia takde ler pagi tuh. No talipon pun takde, so Mat Shah tinggalkan nombor handphone kami ke dia. Harap-harap Anas call ler kami ekk.

Selepas tu kami bertolak ke rumah Cikgu Mokhtar yang kunun nye located kat Bendang Kering. Bila sampai Ketior baru kami perasan tak de tempat nama Bendang Kering kat situ. Kami tanya ler dua orang mamat yang agak tampan tengah tunggu bas. Selepas ditanya Mamat tuh jawab, "Kami bukan orang sini pak, kami pun enggak ketahuan". Apa lagi, ketawa besor ler kami. Pikir punya pikir kami decide untuk pergi ke Bendang Panjang je. Sampai kat Masjid, orang masjid yang kebetulan tengah wat housekeeping beritahu yang rumah Cikgu Mokhtar kat belakang mesjid tuh jer. Cittt.

Kami sampai di rumah Cikgu Mokhtar pada pukul 10:30 pagi. Masa sampai kat pagar rumahnya Cikgu Mokhtar tengah membersih laman rumah dengan seluar pendek dan bertopi mengkuang. Macam dulu, Cikgu Mokhtar masih tegap dan sihat. Seronok betul dapat jumpa cikgu ni. Banyak misteri-misteri lalu terbongkar satu persatu. Mula-mula cuak gak nak smoking kat rumah dia, takut kena rotan. Huhu..

[ Cikgu Mokhtaruddin, masih hensem lagi.. ]

Meor Shamsul join selepas hampir dua jam kami berlabun, recall kisah lama-lama. Nak tahu apa yang kami labunkan? Itu kena rahsia ler, nak tahu kena borak ngan dia personally baru ada ummpphh. Kami checkout dari rumah Cikgu Mokhtar pada pukul 2:30 petang dan terus ke warung saudara Tahir di Lembah.

[ Gerai Laksa Tahir di Lembah ]

Sampai kat warung dia kat lembah, uihhh nak parking pun susah. Bederul dan Rohimi pun baru sampai dari Taiping ngan Ford Ranger biru nya.

[ Rohimi dah jadi cikgu ]


[ Bederul dan lebih tinggi dari Mat, lebih kurus dari Adi ]

Memang hapenning tempat nih. Rojak, laksa, cendol semua ada. Warung kawan kita nih pun hebat gak sambutannya. Kepada sesiapa yang singgah KK bulehlah pekena laksa Tahir (Taufik abang dia).

[ Tahir dah jadi tokey ]

Tengah syok-syok makan laksa Tahir, Dhanaraj call dari kedai Amran. Tanpa melangahkan masa, lepas makan kami cepat-cepat bergegas ke kedai Cik An. Sampai kat sana kami berlabun sakan. Dalam kesibukkan dia melayan customer sempat lagi dia jamu kami ngan teh ais dari gerai di hadapan kedai nya.

[ Dari kiri yang tutup muka tu Haslan, sebelahnya yang sengeh-sengeh tuh Dhanaraj, Rohimi, Bederul, Duan, Amran dan yang mengangkang sakan tuh abang Mat kita ]

Dari kedai Cik An kami rancang untuk bergerak ke rumah Cikgu Idris dan Cikgu Azidin. Kena pergi ramai-ramai. Kalau kena penampor buleh kongsi ramai-ramai. Kami tunggu Adi dan Meor Shamsul. Juju keroja sampai pukul 7, malas nak kacau. On the way nak gi amik Adi, Meor call kata Cikgu Azidin takde kat umah. Maka dengan itu kami divert ke rumah Cikgu Abdullah Yahya.

Selepas amik Adi di rumah nya di Talang kami menuju ke Padang Rengas untuk jejak Cikgu Abdullah Yahya. Dengan bantuan orang Padang Rengas, Haslan kami telah berjaya membuat beberapa pusingan u-turn berbahaya, melintas di double line dan masuk lorong-lorong x-factor. Setelah penat pusing-pusing kami tanya salah seorang bebudak yang ternganga tengok kami tarah lalang dekat rumah dia, baru jumpa rumah Cikgu Abdullah Yahya...

[ Yang besor cam teddy bear tuh Adi, Haslan tukang tunjuk jalan, Mat Shah, Dhanaraj dan Cikgu Abdullah Yahya ]

Sambil berborak kami bedal sebakul durian yang dihidangkan oleh Cikgu Abdullah. Siap ada manggis dan rambutan. Fresh dari kebun Cikgu. Rugi korang tak join. Lepas tu kami beransur. Dhanaraj dan Haslan menghala ke utara (tak tau mana deme pegi) dan kami ke arah selatan ke rumah Ustaz Yazit.

Masa kami sampai dah 6:45 petang, so kami lepak kejap je. Tanya kabar dan jemput beliau ke majlis reunion kita. Tak banyak story yang distory sebab Ustaz pun nampak cam letih jer. Anyway dia happy gak tengok kami mai umah dia dan still kenalable.

Habis muzakarah ngan Ustaz Yazit, kami hantor Adi to the place where he's belong, his parent house lar. On the way balik ke Resort aku ngan Mat singgah jap kat umah si Malek Kunin. Kami dapat jumpa kakak angkatnya. Malek kerja di salah sebuah bank di KL. Mak aii.. mission impossible, punya la banyak bank kat KL nih. Anyway, Malek dah berumah tangga dan tinggal di Sungai Buaya, sama tempat ngan Chu'a. So pada Chu'a dan kawan-kawan bukit beruntung please ushar-ushar sikit.

Dari Resort kami split. Aku balik KL ikut PLUS highway, Mat balik Ipoh ikut Samy Vellu Highway, lawan sapa dulu sampai. On the way balik aku singgah petrol station Azim kat R&R Tapah. Fuyooo.. cerah mata aku lepas tengok chashier-cashier nye cun-cun belaka. Pandai Azim wat marketing. Ye lar kalau kat KL nih asyik nampak mat-mat bangla je. Yang best nyer masa aku nak bayar cashier tuh kata " Lapan puluhan ringgit empat puluh sen jer abang". Yang part "abang" tuh aku tak heran sebab memang aku nampak muda lagi, tapi part dia kata "jer" tuh yang best...

Sampai Shah Alam kul 10:00 malam. Bearing compressor aircond dah mula berbunyi $$$$$$$. Padil, meeting 21hb aku tumpang engko! zzzzZZZZZZZZZ...

Ehhh alamakkk korang perasan tak, dari hari pertama sampai hari kedua gambo aku satu pun takde..

SMCKK_87 Web Album @ Flickr

www.flickr.com
smckk_87's photos More of smckk_87's photos

Latest Upload!