Monday, August 27, 2007

Get2Gether @ McDonald Kota Damansara

Sebab dah tak sabor sangat nak tunggu main event pada 1hb Sept nih, maka pada 24hb Ogos bertempat di Kota Damansara geng-geng yang reside kat KV arrange satu mini gathering. Tujuannya adalah untuk cam-cam muka kawan-kawan yang dah 20 tahun tak jumpa terutama Zulhairi "peroyang", Rahmat "Starsky" dan Amirullah.

[ Dari kiri - Fadzil, Rahmat "Starsky", Khairul Azhar, Zulhairi "Peroyang", Amirullah dan Meor ]

Plan asal nak jumpa restoran mamak je, buleh pekena teh tarik. Tapi sebab ada kawan yang propose McD, maka McD lah tempat kami berjumpa. Ada dua sebab kenapa pilih McD nih.. Satu sebab di McD Coke nya buleh refill banyak kali, dan kedua sebab ada yang "visa" nya approved untuk kawasan tak lebih 10km dari rumah. Heheee..

Macam biasa janji pukul 9 malam, tapi pukul 9:30 baru tiga batang hidung (Kopi, Peroyang dan Meor) baru sampai termasuk aku. Kemudian disusuli oleh Rahmat, Khairul Azhar dan last sekali Amirullah. Rahmat dan Khairul Azhar lambat sebab mendeme tunggu kat McD Sri Damansara... Bakhtiar dan Malek tak dapat nak join sebab jauh sangat gamaknye. Adi pulak last minit ada tetamu mai opis dia.

Lepas top-up coke dua tiga kali sedar-sedar dah pukul 3 pagi...

SMCKK_87 Web Album @ Flickr

www.flickr.com
smckk_87's photos More of smckk_87's photos

Latest Upload!