Monday, September 3, 2007

Aktiviti Memancing & Bola

Sabtu, 1hb September 2007 - Reunion Day akhirnya tiba! Tapi sebelum kita berdinner, telah diadakan aktiviti memancing di sebelah pagi dan perlawanan bola sebelah petang.


Gambar : Yang memancingnya 5 orang je, tapi yg datang dekat 30 orang. Bagi support dan tolong halau ikan.


Aktiviti memancing tu diadakan di Resort Sg Perak. Waktu aku sampai tu dah ramai yg ada. Dalam sibuk menangkap video tu ada la 1 muka yg aku tak cam langsung. Ingatkan dia tu member pada budak batch aku. Tapi bila Mat Shah kata dia budak class aku, musykil jugak dibuatnya. Jenuh nak ingat tapi tak register jugak dalam memori. Lepas diberi beberapa clue, baru la aku tau yg itu the infamous Malek Kuning!

Malek Kuning ni dulu memang kira legend kat sekolah. Aktiviti dia selalunya daring dan kadang2 tak masuk akal. Dulu waktu sekolah dia memang suka pakaian serba kuning dan sebab itulah lekat nama "Malek Kuning". Selain dari itu dia juga dikenali dgn nama "Malek Rambo" sebab dia pernah tempah golok dari Amir Lembah yg berbentuk pisau Rambo (Siap ada gerigi kat belakang golok tu). Selain dari itu dia juga pernah suruh orang panggil dia "Malek Predator" sebab dia rasakan dia ada banyak persamaan dengan Arnold Schwarzenegger. Ada jugak yg gelar dia "Malek MC" sebab budak MCKK suka datang study kat rumah dia. Heran aku nape dia suka fraternising with the enemy.


Tapi aku suka panggil dia "Malek Kartina", sebab dulu dia minat kat sorang awek bertudung bernama Kartina yg memang hot kat Clifford. Dia budak Form 6 dan waktu tu Malek Form 4. Malek pernah suruh budak junior pergi kirim salam kat Kartina. Sampai je kat Kartina, dia terus kata, "Pulangkan saja salam itu!". Messenger tu bawalah pulang salam itu dengan rasa yg takut. Sebaik saja diberitahu tentang ketidak responan Kartina itu, Malek menjadi hampa. Nasib baik aku ada kat situ untuk menenangkan keadaan. Lalu aku pun cakap, "Malek, setiap salam yg diberi harus dijawab. Jika tidak salam itu akan terawang-awang di udara. Sifatnya tidak lengkap."
Malek nampak kebingungan, "Siapa pulak nak jawabnya?" Aku pun nasihat, "Kaulah yg jawab sebab tak ada orang lain yg nakkan salam itu.." Malek termenung seketika. Dengan tenang dia berkata, "Waalaikumsalam"
He he.


Gambar : Malek Kuning / Malek Rambo / Malek Predator / Malek MC / Malek Kartina





Pada pukul 4.30 petangnya, tiba2 hujan turun dengan amat lebat. Aku pun risau jugak macam mana nak buat lawan bola ni? Terpaksa la didelaykan sekejap untuk tunggu hujan reda. Sementara tu aku sibuk kat Dewan nak pastikan semua ok dan siapkan speech untuk malam ni.

Walaupun cuaca teruk, Batch kitaorang tetap bersemangat nak kalahkan team Clifford under 14 ni. Semangat kitaorang sedikit terganggu bila dibagitau rupa2nya team Clifford ni baru jadi Juara sekolah2 peringkat Kebangsaan. Ramai antara mereka terpilih untuk team Malaysia. Aduhaii.

Batch87 dibarisi seramai 14 orang. Ramai yg ex-school player seperti Mat Shah, Fakar dan Lan Dore. Juga dibantu oleh ex hockey player seperti Taranjeet Singh dan Bakhtiar. Manakala Bukhari masuk sebagai pemain gantian. Leman Todi pula ditugaskan untuk menjaga gol.


Segalanya berlaku seperti kilat. Kitaorang dibelasah 6 - 1. Ada ura2 yg mengatakan punca kekalahan teruk adalah kerana Leman Todi yg menerima rasuah berbentuk beberapa botol todi. Itu pun kira ok, boleh score sebijik. Fitness budak under 14 ni memang dasyat. Apa taknya, budak baru nak naik. Bayangkan waktu kitaorang Form 5, budak2 ni pun tak lahir lagi.


Habis main bola, masing2 rush balik hotel / rumah untuk mandi dan siap untuk berjemaah Maghrib di surau.

SMCKK_87 Web Album @ Flickr

www.flickr.com
smckk_87's photos More of smckk_87's photos

Latest Upload!