Sunday, September 30, 2007

Jamuan Iftar @ Puteri Restaurant, TTDI

Seperti yang telah diwarwarkan, pada 30 September 2007 bersamaan 18 Ramadhan, SMCKK Class of 1983-1987 telah mengadakan Jamuan Iftar (untuk kawasan Lembah Kelang).

Tengah tunggu Adi, Padil turun 8 kilo
Uploaded by Egghead via SMCKK_87


Seramai 8 orang telah hadir ke majlis tersebut iaitu (susunan ikut masa ketibaan) Zainuddin (Yang Berusaha), Syam Zakiril, Amirullah, Zulhairi, Fadil, Hishamuddin, Aminuddin dan Adi. Beberapa orang rakan yang lain tak dapat datang di saat-saat akhir.

Bismillah
Uploaded by Egghead via SMCKK_87

Tak banyak yang dapat kami bualkan sepanjang dua setengah jam bertemu sebab dok sebok layan makanan yang disajikan dan mulut pun penuh ngan makanan dan asap!

Rakan-rakan di Ipoh dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya pun akan mengadakan majlis sebegini di Perak dalam masa terdekat (tarikh belum confirm). Sesiapa yang ingin turut serta sila hubungi Saudara Azim.

Mewakili pihak AJK, kami ingin mengucapkan terima kasih daun keladi, ada masa kita jumpa lagi kepada rakan-rakan yang telah turut serta dalam majlis sempoi ini dan kepada yang ingin turut serta tapi kantoi di saat-saat akhir.

Insyaallah kita jumpa lagi pada Eidul Fitri 2007.

Wednesday, September 19, 2007

Jemputan ke Majlis Berbuka Puasa

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Berbuka Puasa akan diadakan pada tarikh, tempat dan masa seperti di bawah: -

[Tarikh]
Sabtu, 29 September 2007

[Tempat]
RESTORAN PUTERI SUNGAI PENCHALA
LOT 3074, Jalan Datuk Sulaiman
Taman Tun Dr Ismail
60000 Kuala Lumpur
Tel : 03-7728 4886

[Harga]
Dewasa - RM45 nett
Budak (7-12 tahun) - RM22.50 nett

[Peta Lokasi]

[Pengesahan, Pendaftaran & Pembayaran]
Zainuddin bin Muhammad
Maybank Account 1140-5798-3170
Talipon : 019-267 5895

Semua penuntut lepasan SMCKK Class of 1983-1987 adalah dijemput.

Jumpa di sana!


Sunday, September 9, 2007

Get2Gether @ Stadium Bukit Jalil (Perak Vs Kedah)

Selepas bermesyuarat di pejabat Adi, berbakal lima tiket yang di beli oleh Adi, kami bergegas ke Stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan bolasepak akhir Piala Malaysia antara pasukan seladang kejor yob kejor PERAK dan hijo kunin KEDAH.

Maleh nak komen lebih-lebih tentang game malam tuh, tengok je gambor kat bawah nihh.. self explanatory..

[ suasana setelah 10 minit perlawanan bermula separuh masa pertama ]


[ diambil setelah Kedah sumbat 2 gol, Khalid Jamlus & Kieta Mandjou keluar padang dan Ahmad Shahrul kutip kad merah ]


Demi semangat kesukanan, kami tunggu sampai minit ke 81 sebelum bergegas keluar dari stadium untuk pekena juadah di restoran mamak di Sri Petaling....


20th Anniversary Gathering - Post Mortem Meeting

Setelah genap seminggu berreunion di SMCKK pada 1 September 2007 , mesyuarat bedah siasat (post-mortem) telah diadakan di pejabat baru Adi Shamsul (Whitewizard) yang cool, terletak di Menara KLH oleh jawatankuasa teras.

[ Dari kiri - Fadzil, Mat Shah, Adi Shamsul, Hishamuddin, Azim dan Zainuddin ]

Ia adalah bertujuan untuk menilai semula serta mengenalpasti perkara-perkara yang boleh diperbaiki sepanjang berlansungnya program Sambutan ke-20 Ulangtahun SMCKK Class of 1987.

Kesinambungan dari Majlis Perjumpaan di Kuala Kangsar yang lalu, mesyuarat telah mengenalpasti dan menggariskan program-program susulan yang bakal diadakan dalam jangkamasa panjang dan pendek untuk memastikan ikatan silaturrahim kita berterusan. Program-program tersebut, antara lain: -

[Untuk SMCKK_87]
  • Perlawanan Sukan (Futsal/Bolasepak/Bowling) antara kawasan atau pasukan;
  • Program Hari Keluarga/Barbeque di Pulau Pangkor;
  • Pertandingan Memancing;
  • Program Rumah Terbuka Hari Raya;
  • Program Buffet Ramadhan;
  • Program Treasure Hunt
  • Sesi Ziarah/Convoy ke rumah rakan-rakan;
  • Majlis Kenduri Adi Shamsul.
[Untuk Sekolah]
  • Career Talk dan Program Motivasi
  • Hadiah/Sumbangan untuk anugerah Most Valuable Player kepada pelajar yang banyak berjasa kepada sekolah sebanyak RM500 (percubaan)
Program yang bakal diadakan pada masa yang terdekat ini adalah: -
  • Buffet Ramadhan (Diterajui oleh Zainuddin/Ahmad Suaidi)
  • Perlawanan Bowling (Diterajui oleh Fadzil/Meor Shamsul)
  • Hari Keluarga/Barbeque (Diterajui oleh Adi Shamsul)
  • Career Talk dan Program Motivasi untuk pelajar SMCKK yang menduduki peperiksaan PMR dan SPM (Diterajui oleh Mat Shah/Azim)
Peneraju-peneraju yang terlibat akan mengumumkan program masing-masing dari masa kesemasa. Harapan kami semoga program-program tersebut mendapat sambutan yang memberangsangkan dari rakan-rakan yang lain serta semoga mendapat kerjasama AJK yang bakal dilantik untuk membantu mengendalikan program tersebut.

Selain itu kami juga sedia menerima sebarang cadangan dari rakan-rakan yang lain agar objektif program tersebut tercapai.

Friday, September 7, 2007

20th Anniversary Gathering - Images

Diatas gesaan dan ugutan rakan-rakan, sukacita dimaklumkan sebahagian daripada imej-imej untuk Majlis Sambutan Ulangtahun ke 20 SMCKK Class of 1987 boleh didapati di tapak-tapak web berikut: -

Untuk mendapatkan format asal (high resolution), sila hubungi tuan punya kamera yang berkenaan. Semoga dengan adanya tapak web - tapak web ini maka rakan-rakan yang tidak berpeluang menghadiri majlis tersebut atau yang terbalik awal bolehlah sekurang-kurangnya boleh mendapat bayangan apa yang berlaku malam tuh.

Sila pastikan talian internet anda adalah yang berjalurlebar tinggi sebelum melayari tapak web di atas. Dailnaik modem 56kbps dan kebawah adalah tidak digalakkan, kecuali kepada yang bertekanan darah rendah.

Thursday, September 6, 2007

Video Clip - Speech by former Principal, Tuan Haji Azidin Mahmud, PPT

Sebahagian dari video klip ucapan oleh bekas Pengetua SMCKK, Tuan Haji Azidin bin Mahmud, PPT. Setelah 20 tahun, beliau mengucapkan ungkapan keramat "anak-anak" pada malam yang bersejarah. Pertama kali beliau mempamerkan senyuman setelah 20 tahun berpisah dengan anak-anak nya.



1 SEPTEMBER 2007, adalah tarikh keramat yang amat bermakna dalam diari bekas pelajar dan guru-guru tahun 1987. Semoga perhubungan guru dan murid ini berkekalan hingga ke akhir hayat. Insyaalah..

Tuesday, September 4, 2007

A Historic Day

1hb September 2007 - beberapa minit sebelum pukul 8 malam. Aku baru lepas sembahyang Maghrib berjemaah di surau Clifford. Tak ramai yg datang berjemaah.. sebab ujan kot. Singgah kat kereta kejap, tukar pakai kasut. Aku masuk dewan ikut pintu tepi. Dalam dewan tak ramai orang. Azim, Mudin, Meor n Fadhil busy memastikan semua ok. Anuar Ibrahim pun banyak tolong. Dia di in-charge untuk collect fees. Dia jugak dibantu oleh 3 orang budak Form 6 yg nampak agak gabra untuk berjumpa dengan supersenior diaorang.

Dari jauh aku nampak ada 2 orang tetamu dah duduk. Dari belakang nampak gaya macam bekas pengetua, Cikgu Azidin Mahmud dan bekas guru Geografi, Cikgu Norhani. Berdegup jugak nak jumpa dia. Maklumlah Cikgu Azidin ni tahap kegarangannya memang legendary. Aku rasa Jepun pun takut dengan Penampor Jepun dia. Pelan2 aku tunduk nak salam tangan dia. Tapi yg aku tak sangka dia bangun dan terus peluk aku. Pheww lega. Ramai yg tak tau Cikgu Azidin ni sebenar sayang giler kat students dia.

Makin ramai yg datang memenuhi dewan. Budak sekolah yg ditugaskan untuk membantu untuk registration n bagi name tag pun mula panik. Redistration counter dah jamm. Maklumlah ramai yg dah lama tak jumpa. Cikgu sesama cikgu pun kira reunion jugak. Jenuh le deme bertepuk tampor kat depan tu. Committee terpaksa bantu untuk ensure a smooth flow. Pukul 8.40 semua dah seated. Acara pun bermula.

Bukhari diminta untuk membaca doa. Ayat yg disusun memang cantik. There's a point waktu bacaan tu dia tersekat2 sebab dia... sebak. The thought of being together again was too overwhelming. Maklumlah Bukhari dulu pernah kena buang sekolah dan orang yg buang ada duduk kat depan. Tapi semua tu dah ditolak tepi sebab rasanya semua cikgu bangga tengok Bukhari dah jadi orang.


Gambar : Bukhari yang berkopiah selepas membaca doa. Di kirinya Adam yg kitaorang dengar desas desus dah arwah. Hidup lagi rupanya. Tanda nak panjang umur kata orang.



Lepas tu turn aku pulak untuk berucap. Tak nervous sangat. 15 saat yg pertama je. The gist of my speech is aku nak this reunion will act as a catalyst for more activities. Aku nak banyak lagi benda yg boleh dibuat untuk merapatkan kita. 10 tahun dulu mungkin kita selfish sebab kita baru nak hidup dan mencari tapak. Bila umur dah nak masuk 40 tahun kita sedar kawan lama tu penting. Yang susah kena dibawa untuk jadi senang sama2. Lepas tu aku ajak semua sedekahkan al-fatehah pada kawan dan cikgu yg telah pergi.

Kemudian giliran Cikgu Azidin untuk berucap. Aku suka cara dia buka mukadimah, "Izinkan saya menggunakan ungkapan yg telah 20 tahun saya tidak gunakan. Saya ingin memanggil kamu semua... anak-anak." Semua bertepuk. A masterstroke from the man. Anyone yg pernah belajar kat Clifford under Cikgu Azidin tahu his fondness for the word 'anak-anak'. Dia berterimakasih pada committee kerana berjaya mengorganise event ini. Dia juga terharu sebab students masih ingatkan dia and he regards that moment as the best day of his life. Wow!

Gambar : "Anak-anak..." Cool je dia.



Move on and tiba acara makan. Part yg ditunggu2. Ha ha. Makan memang sedap. Nasi tomato, ayam masak merah, daging kicap n kuah dalca. Takde sape komplen. Ada 8 meja untuk kitaorang, 2 meja untuk cikgu. Semua penuh. Tima kaseh pada Cik An yg menguruskan catering.


Gambar : Dari kiri Haslan, Duan Tinjo, Munawar Hamdan, Amran, Chu'a n Malek Kuning. Budak jahat memang suka duduk belakang.




Gambar : Makin besor aku tgk Kamal cina ni. Nampak macam tauke KFC kan?


Bila dah habis makan, baru la mula sesi tukar nombor telefon, bertanya khabar dan tangkap gambar. Band pun start main. Suasana jadi bingit. Orang pertama dari batch kita yang naik atas untuk men'sumbang'kan suara ialah Leman. Sedap jugak suara dia. Kalau dia muda dah lama aku bawak masuk AF. Kalau masuk sekarang, aku ingat sedara mara dgn kawan2 je yg akan AFUNDI dia.


Gambar : sebelum menyanyi Leman togok 2 botol todi. Patut suara sedap. He he.



Gambar : sebelah kiri tu Hakam. Rahmat (kanan) mula nak menggatal dengan Cik An (tengah)


Malam tu Cik An memang mengancam. Vogue gitu. Bila nampak akan Cik An yg jelita, Si Faris pun teringat kisah lama cinta segi tiga antara dia, Cik An dan Man Todak. Agaknya lupa kejap isteri kat rumah. Malam itu berakhir dengan tangkap gambar beramai2. Munawar Hamdan yg menjadi ahli E-Dymium sempat juga untuk membuat demo gelang bermagnetiknya. Aku pun pakai jugak. Memang mujarab.

Selepas dari itu ramai2 berhijrah ke Lembah untuk sesi teh tarik. setengah balik sebab ada yg datang dari jauh dan ada yg permit untuk keluar rumah terhad hingga tengah malam. Macam Cinderella la pulak.



Gambar : minum teh tarik dalam hujan. Ada la lebih kurang 40 orang. Last-last pukul 2 pagi kena halau sebab tauke kedai nak balik.


This is not the end. There will be more. Tengok la..

News from Japan

Setelah hampir setahun tak dengar cerita, tup-tup lebih kurang dua minggu sebelum reunion, teman dapat kontek saudara Ahmad Suaidi Haji Abdul Rahim a.k.a. Dee, Pak Arab, Suaidi etc. Kepada yang tak tahu, beliau adalah antara master mind untuk SMCKK Class of 1987 dan merangkap Pengerusi yang pertama sebelum disandang oleh saudara Azim Raden Mustafa.


[ Gambar terbaru beliau di Niigata, Jepun ]

Selain itu beliau juga adalah muka yang pertama teman lihat waktu mendaftarkan diri di SMCKK pada tahun 1983 dulu sebabnya beliau adalah ketua kelas 1RK. Masa tuh tugas beliau adalah membawa murid-murid baru ke asrama dan tunjukkan dorm, locker dan bunk. Ingat senior mana la pulak..

Plan asal teman, nak dapatkan short speech dari dia untuk ditayang pada reunion baru-baru nih. Mungkin sebab segan (bukan org Kedah punya segan naa, segan dia bermaksud malu..) maka pada 27 August 2007, dia cuma hantar gambar terbaru beliau semasa bersantai di Niigata. Siap dengan kimono (ehhh lelaki punya kimono nama apa ekk)

Pepehal, kalau tak silap pendengaran teman, setelah genap 3 tahun menuntut ilmu dari Master Shogun, beliau akan kembali ke tanahair pada 28 September nih.. Pada sesiapa yang free buleh larr mai KLIA bentang karpet merah dari airport ke Batu 9, Trong Perak. Heheeee..

Masa tuh kita dah start posa ramadhan, apa kata kita organise buffet ramadhan dan bertarawikh beramai-ramai di Masjid Ubudiah, di Kuala Kangsar sempena "ayam-kambing-beg" suaidi kita nih..

Monday, September 3, 2007

Aktiviti Memancing & Bola

Sabtu, 1hb September 2007 - Reunion Day akhirnya tiba! Tapi sebelum kita berdinner, telah diadakan aktiviti memancing di sebelah pagi dan perlawanan bola sebelah petang.


Gambar : Yang memancingnya 5 orang je, tapi yg datang dekat 30 orang. Bagi support dan tolong halau ikan.


Aktiviti memancing tu diadakan di Resort Sg Perak. Waktu aku sampai tu dah ramai yg ada. Dalam sibuk menangkap video tu ada la 1 muka yg aku tak cam langsung. Ingatkan dia tu member pada budak batch aku. Tapi bila Mat Shah kata dia budak class aku, musykil jugak dibuatnya. Jenuh nak ingat tapi tak register jugak dalam memori. Lepas diberi beberapa clue, baru la aku tau yg itu the infamous Malek Kuning!

Malek Kuning ni dulu memang kira legend kat sekolah. Aktiviti dia selalunya daring dan kadang2 tak masuk akal. Dulu waktu sekolah dia memang suka pakaian serba kuning dan sebab itulah lekat nama "Malek Kuning". Selain dari itu dia juga dikenali dgn nama "Malek Rambo" sebab dia pernah tempah golok dari Amir Lembah yg berbentuk pisau Rambo (Siap ada gerigi kat belakang golok tu). Selain dari itu dia juga pernah suruh orang panggil dia "Malek Predator" sebab dia rasakan dia ada banyak persamaan dengan Arnold Schwarzenegger. Ada jugak yg gelar dia "Malek MC" sebab budak MCKK suka datang study kat rumah dia. Heran aku nape dia suka fraternising with the enemy.


Tapi aku suka panggil dia "Malek Kartina", sebab dulu dia minat kat sorang awek bertudung bernama Kartina yg memang hot kat Clifford. Dia budak Form 6 dan waktu tu Malek Form 4. Malek pernah suruh budak junior pergi kirim salam kat Kartina. Sampai je kat Kartina, dia terus kata, "Pulangkan saja salam itu!". Messenger tu bawalah pulang salam itu dengan rasa yg takut. Sebaik saja diberitahu tentang ketidak responan Kartina itu, Malek menjadi hampa. Nasib baik aku ada kat situ untuk menenangkan keadaan. Lalu aku pun cakap, "Malek, setiap salam yg diberi harus dijawab. Jika tidak salam itu akan terawang-awang di udara. Sifatnya tidak lengkap."
Malek nampak kebingungan, "Siapa pulak nak jawabnya?" Aku pun nasihat, "Kaulah yg jawab sebab tak ada orang lain yg nakkan salam itu.." Malek termenung seketika. Dengan tenang dia berkata, "Waalaikumsalam"
He he.


Gambar : Malek Kuning / Malek Rambo / Malek Predator / Malek MC / Malek Kartina





Pada pukul 4.30 petangnya, tiba2 hujan turun dengan amat lebat. Aku pun risau jugak macam mana nak buat lawan bola ni? Terpaksa la didelaykan sekejap untuk tunggu hujan reda. Sementara tu aku sibuk kat Dewan nak pastikan semua ok dan siapkan speech untuk malam ni.

Walaupun cuaca teruk, Batch kitaorang tetap bersemangat nak kalahkan team Clifford under 14 ni. Semangat kitaorang sedikit terganggu bila dibagitau rupa2nya team Clifford ni baru jadi Juara sekolah2 peringkat Kebangsaan. Ramai antara mereka terpilih untuk team Malaysia. Aduhaii.

Batch87 dibarisi seramai 14 orang. Ramai yg ex-school player seperti Mat Shah, Fakar dan Lan Dore. Juga dibantu oleh ex hockey player seperti Taranjeet Singh dan Bakhtiar. Manakala Bukhari masuk sebagai pemain gantian. Leman Todi pula ditugaskan untuk menjaga gol.


Segalanya berlaku seperti kilat. Kitaorang dibelasah 6 - 1. Ada ura2 yg mengatakan punca kekalahan teruk adalah kerana Leman Todi yg menerima rasuah berbentuk beberapa botol todi. Itu pun kira ok, boleh score sebijik. Fitness budak under 14 ni memang dasyat. Apa taknya, budak baru nak naik. Bayangkan waktu kitaorang Form 5, budak2 ni pun tak lahir lagi.


Habis main bola, masing2 rush balik hotel / rumah untuk mandi dan siap untuk berjemaah Maghrib di surau.

SMCKK_87 Web Album @ Flickr

www.flickr.com
smckk_87's photos More of smckk_87's photos

Latest Upload!